Saturday, 23 June 2012

Mengapa Ramai Orang Belum Mempunyai Pelan Persaraan Yang Cukup?



Berdasarkan statistik ke atas klien dan prospek ayu, 40% prospek yang ayu temui tidak mempunyai pelan persaraan. Mereka mempunyai pelbagai alasan untuk tidak merancang pelan persaraan antaranya ialah kewangan peribadi kurang stabil, banyak hutang perlu dijelaskan dan perbelanjaan sara diri yang semakin meningkat.


Dari sumber The Star pada tahun 2009, 13 % rakyat Malaysia tidak menyimpan untuk hari persaraan. Anda Bagaimana?


Adakah anda tahu bagaimana untuk merancang persaraan anda?

Ayu nak share tips mudah untuk merancang hari persaraan anda.

1. Anda tetapkan pada umur berapa anda hendak bersara.
- Katakan pada umur 55 tahun.

2. Selepas anda bersara, berapa perbelanjaan yang anda perlukan setiap bulan?
- Jika anda berusia 30 tahun lagi maka anda mempunyai 25 tahun lagi. 25 tahun lagi segala perbelanjaan akan meningkat dan kos sara diri anda pada ketika itu mungkin anda memerlukan RM 3000 sebulan.

3. Purata rakyat Malaysia hidup adalah sehingga berumur 75tahun. Anda boleh letak lebih jika mahu. 
- Katakan kita hidup sehingga 75 tahun, maka 20 tahun jangka hayat anda selepas anda bersara. 

4. Kira nilai persaraan anda.
RM 3000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 720 000. Adakah anda boleh menyimpan sejumlah RM 720 000 untuk hari persaraan anda dari sekarang? Jika tidak mencukupi adakah anda bersedia untuk bekerja selepas umur 55 tahun? Jawapan ada pada anda.

Jika anda rasa tidak mampu untuk memperolehi nilai persaraan seperti yang anda inginkan hubungi ayu untuk merancang untuk menambah pendapatan hari persaraan anda.

Bermula menyimpan dari sekarang untuk kesenangan anda di masa hadapan.



Wallahualam


Yang mahu kesenangan pada hari tua
Ayu Shafie
013 2555164

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...