Monday, 7 May 2012

Takda duit la, Macam mana nak simpan...



“ Takda duit, nak simpan macam mana? ”

Salah satu jawapan yang ayu terima semasa berjumpa dengan prospek. Tidak dinafikan ramai yang mengalami situasi begini. Bukan ayu tidak memahami, ayu juga pernah mengalami situasi begini. Bila nak berbelanja di hujung-hujung bulan, terpaksa jadi seperti haji bakhil. Nak kena berjimat cermat sementara gaji nak masuk hujung bulan. Suami juga pernah mengalami duit dalam akaun simpanan cuma ada RM10. Di tangan dah 0 sen. Makan terpaksa berkongsi dengan rakan sekerja(ni masa sebelum kahwin ye :-) )


Macam mana kita nak menyimpan, pendapatan cukup-cukup. Bayar segala bagai bil, yang tinggal cukup-cukup untuk belanja harian. Bagi yang berkeluarga, jika si suami sahaja yang bekerja, pasti bertambah beban si suami untuk menanggung segala perbelanjaan rumah. Boleh demam para suami, dengan bebanan kewangan. Bila kewangan tidak stabil, bagaimana para suami ingin memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak. Anak-anak semakin membesar, yuran pendidikan semakin mahal. Nafkah zahir tidak mencukupi, simpanan untuk kecemasan pula tiada apa tah lagi simpanan masa hari tua kita atau simpanan untuk pendidikan anak-anak kelak.


Inilah kesan daripada kadar inflasi yang semakin meningkat. Semakin tahun bertambah, semakin tinggi perbelanjaan kita. Nasi lemak dahulu RM0.60 sahaja, kini RM 2.00 kosong tiada ikan bilis. Teh tarik dulu RM 0.60, sekarang RM 1.20. Bila harga barang semakin meningkat perbelanjaan kita pun meningkat, bagaimana kita hendak menyimpan?

***********************************************************************************************************************************

Jika kita sedar bahawa perlu mereward diri kita setelah penat bekerja. Kita telah penat bekerja seharian, adakala sehingga terpaksa overtime tapi masih tidak ada simpanan untuk diri kita. Reward diri kita terlebih dahulu sebelum melangsaikan segala hutang-hutang sebagai tanda penghargaan diri kita sendiri setelah penat bekerja. 

Jika kita tidak bermula menyimpan sekarang, bila lagi kita nak mula? Terlewat untuk bermula menyimpan, simpanan yang diperolehi akan sedikit.

Menyalurkan sumbangan kepada diri sendiri kepada pelaburan yang sah dan halal akan memberikan pulangan yang lebih tinggi seperti pelaburan DALI berbanding hanya sekadar simpanan bahkan pelaburan juga mampu menggandakan simpanan kita dari semasa ke semasa. 

Jika anda benar-benar tidak mampu untuk menyimpan dalam bentuk tunai, anda boleh menggunakan kemudahan KWSP  yang membenarkan pencarum melabur ke dalam unit trust. Unit Trust bukan sahaja untuk menyimpan malah memberikan pulangan 10-15% setahun.

Andaikan anda menyimpan RM 100 sebulan, setahun RM 1200. Katakan pulangan unit trust adalah 10% = RM 120. RM 120 ni kira bonus buat diri kita sendiri. Jadi jumlah simpanan pada tahun pertama ialah RM 1320.00.

Ini baru setahun anda menyimpan, jika 10 tahun..20 tahun..atau 30 tahun anda menyimpan, pulangan anda akan lebih tinggi dan simpanan anda akan lebih banyak. 

Mulakan sekarang jangan jadikan alasan "Takda duit" untuk tidak menyimpan. Anda akan menjadi orang rugi.




Hubungi saya untuk mulakan simpanan 





Wallahualam


Yang tidak ada duit tapi boleh melabur
Ayu Shafie
013 2555164

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...